Sejarah

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Onn ditubuhkan pada 1 Januari 1966.Nama asalnya Sekolah Menengah Rendah Bagan,Batu Pahat.Ketika penubuhannya,sekolah ini menumpang di dua bangunan di SK Bagan,Batu Pahat yang terletak di Batu 51/2,Jalan Batu Pahat ke Muar.
Pada awal penubuhannya,sekolah ini hanya mempunyai dua orang guru iaitu seorang guru besar Tuan Haji Mohamad Yunus bin Haji Ibrahim dan pembantunya,En.abd razak bin Ismail.Jumlah guru semakin bertambah seramai lima orang lagi.Oleh sebab tiada kakitangan bukan guru,maka segala urusan pejabat dikelolakan oleh Guru Besar dengan kerjasama enam orang guru tersebut.
Nama Dato Onn diabadikan oleh pengetuanya yang pertama iaitu Tuan Haji Mohd Yunus bin Haji Ibrahim bagi mengenang jasa pemimpin ulung itu yang telah Berjaya menganjurkan perdamaian antara kaum berhubung dengan peristiwa berdarah di Simpang Lima selepas kekalahan tentera Jepun.Sekolah ini telah berpindah ke lokasi yang baru pada 1968 dan kekal hingga ke hari ini di batu 3 ½,jalan Batu Pahat-Muar.
Semasa berpindah ke tapak baru,sekolah ini hanya ada 3 blok bangunan sahaja.Dimana satu blok menempatkan bilik darjah,pejabat dan bilik guru manakala satu blok untuk makmal sains dan bilik masakan dan satu blok kantin.
Pada 1970,dua blok bangunan ditambah untuk kegunaan bilik darjah dan makmal sains serta bengkel seni perusahaan.Bagi menampung pelajar yang semakin bertambah dari tahun ke setahun,satu blok bangunan dua tingkat mengandungi bilik darjah dan makmal sains tulen dibina pada tahun 1974,Pada tahun 1998 dua blok 4 tingkat dibina dan diberi nama blok Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn.
Penambahan enrolmen murid juga telah menyebabkan dua lagi bangunan dibina pada 2009 bagi menempatkan pejabat pentadbiran,bilik darjah.makmal dan perpustakaan.bangunan ini diberi nama blok Tun Abdullah dan Tunku Abdul Rahman.Luas keseluruhan kawasan sekolah ini lebih kurang 16 ekar.

Seramai 332 orang pelajar Tingkatan 1 telah mendaftar bagi sesi persekolahan 2015. Pelajar-pelajar tersebut datang dari sekolah rendah berdekatan di kawasan sekitar. Antara sekolah yang terlibat adalah :
1. SK Peserai
2. SK Penghulu Salleh
3. SK Bagan
4. SK Padang Sari
5. SK Mampan
6. SK Lubok
7. SK Seri Makmur
8. SK Sekawan Desa
9. SK Sri Laksana
10. SK Separap
11. SK Gambut
12. SK Sg Kajang
13. SK Pengkalan
14. SK Parit Lapis

SMK Dato Onn menerima pendaftaran pelajar tingkatan 2,3 ,4 dan 5 pada 11 Januari 2015. Jumlah murid Tingkatan 2 yang mendaftar 352 orang dan murid Tingkatan 4 seramai 325 orang dan Tingkatan 5 seramai 302 orang