Hala Tuju PPS (2015-2017)

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

VISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

BANNER PPSFInal

MOTTO SEKOLAH SMKDO
Setiap Orang Boleh Berjaya

SLOGAN SEKOLAH SMKDO
Satu Sekolah ,Satu Impian Membina Juara dan Pelajar Beriman

OBJEKTIF SEKOLAH SMKDO
• Melaksanakan Dasar Pendidikan Negara.
• Melaksanakan Dasar PPPM 2013 – 2015
• Mempertingkat serta memupuk minat ,kesedarandan kecekapan/kemahiran belajar yang tinggi disamping
menekankan pembentukkan rohani dan sahsiah yang baik.
• Menjadilkan pelajar cergas,berdisiplin,berilmu tinggi,bersikap positif dan memiliki nilai-nilai murni.
• Mewujudkan golongan pelajar yang boleh berjaya dalam aspek kognitif,afekktif dan psikomotor disamping
keimanan menjadi pegangan.
• Menghapuskan sikap negatif yang menghalang kemajuan pembelajaran dan mewujudkan nilai dan semangat juang
yang tinggi terhadap kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.
• Mewujudkan golongan pelajar yang peka terhadap perubahan positif gelombang pendidikan
• Membina dan memelihara sebuah masyarakat yang harmonis, bersepadu dan taat setia sepertimana yang
termaktub dalam Prinsip Rukun Negara.

MATLAMAT SEKOLAH SMKDO
• Melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu,berdisiplin dan beriman agar dapat memberikan sumbangan yang baik
kepada masyarakat, agama, bangsa dan Negara.
• Merealisasikan Wawasan 2020.
• Merealisasikan PPPM 2013 – 2025

FALSAFAH SEKOLAH SMKDO
• Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Onn mampu dan berupaya menyediakan kemudahan fizikal, suasana dan
masa kerja yang optimum ke atas perkembangan intelek bagi melahirkan insan yang bermatlamat,
bertanggungjawab dan mampu memberi sumbangan yang positif kepada bangsa, agama dan Negara.

• Para pendidik di sekolah ini berupaya memberikan pendidikan yang sempurna, menyeluruh, bermutu dan
seimbang.

• Setiap pelajar di sekolah ini sewajarnya diberi peluang seluas-luasnya dalam mengembangkan kebolehan,
bakat dan potensi intelek mereka.

NILAI SEKOLAH SMKDO
• Integriti
• Menepati Masa
• Prestasi Tinggi
• Budaya Penyayang
• Kerja Sepasukan

BUNTING PPS

CORETAN KATA

PPS 2015 – 2017 merupakan peta petunjuk kepada warga sekolah

untuk mencapai sasaran sekolah gemilang 2017

(Tn.Hj.Fauzan bin Sukimi)

Pengetua Cemerlang SMK Dato Onn

 

PPS 2015 – 2017 merupakan wawasan dan halatuju pembangunan sekolah

dalam merealisasikan matlamat dan wawasan pendidikan negara

(Tn.Hj.Radzali bin Ahmad)

GPK Pentadbiran

 

PPS 2015 – 2017 mencerminkan kesungguhan SMK Dato Onn

untuk merialisasikan PPPM dalam gelombang satu dan kedua menjelang 2020

(En.Ismail bin Jais)

GPK HEM

 

Kejayaan perlu dirancang,semoga dengan adanya PPS dapat dijadikan panduan

setiap warga pendidik SMK Dato Onn agar menjadi sekolah yang gemilang

di daerah Batu Pahat

(En.Abd Razak bin Hamid)

GPK KOKO

 

PPS 2015 – 2017 merupakan wadah panduan

kepada warga SMK Dato Onn

untuk merialisasikan impian menjadi sekolah gemilang 2017

(Pn.Rozilla bt Akhiak)

GPK Tingkatan 6

 

PPS 2015 – 2017 adalah asas perancangan yang perlu digalas bersama

dengan kesungguhan serta keikhlasan untuk mencapai kegemilangan

SMK Dato Onn 2017

(Tn.Hj.Mohd Hamidon bin Said)

GPK Petang

 

PPS 2015 – 2017 merupakan petunjuk arah warga SMK Dato Onn

dalam mengapai impian sekolah gemilang

daerah Batu Pahat 2017

(Pn.Noraini bt Tusimin)

GKMP Bahasa

 

PPS 2015 – 2017 merupakan kompas kepada warga SMK Dato Onn

Sehati Sejiwa dan berpadu tenaga bagi mengapai hasrat SMK Dato Onn

Sekolah Gemilang Daerah Batu Pahat tahun 2017

(Pn.Hjh.Pauziah bt Saubi)

GKMP Sains dan Kemanusiaan

 

PPS 2015 – 2017 merupakan garis panduan kepada

Semua warga SMK Dato Onn

bekerja sepasukan menjana idea untuk meletakkan SMK Dato Onn

sebagai sekolah gemilang Daerah Batu Pahat 2017

(Pn.Rozita bt Ishak)

GKMP Sains dan Matematik

 

PPS 2015 – 2017 adalah sebagai rujukan pandu arah

 kepada semua warga SMK Dato Onn

mengenggam impian melangkah sederap

kearah pencapaian aspirasi sekolah gemilang 2017

(Pn.Suraya bt Muhsin)

GKMP Teknik dan Vokasional

 

PPS 2015 – 2017 SMK Dato Onn Gemilang akan

dapat membantu

kea rah memacu transformasi pengurusan sekolah

dengan lebih berkesan dalam mencapai

satu sekolah satu impian membina juara dan pelajar beriman

(Pn.Noraishah bt Ahmad)

Kaunselor SMK Dato Onn

 

PPS 2015 – 2017 menyulam kemas

semua elemen kehebatan warga SMK Dato Onn

dalam mencipta Kegemilangan insan dari

aspek diniawi dan ukhrawi

(En.Mohd Zaim bin M.Shariff)

Kaunselor SMK Dato Onn